23 Ogos 2010

TUKAR IMAM

Hari ini pak imam nampak lebih tenang dan tidak lagi tergopoh gapah ketika melaksanakan solat fardu isya'.Begitu juga ketika zikir dan doa tidak seperti semalam mungkin hari ini imam tenang sedikit dan banyak masa berehat maklum sajalah hari cuti.

Sedang kami menunggu untuk sembahyang tarawih tiba-tiba meluru seorang pemuda yang memang biasa datang buat ceramah di surau kami ini yang juga seorang tahfiz. Kemudian dia lantas ke depan dan membuat pengumuman bahawa malam ini kami semua akan sembahyang tarawih bersama gurunya/lecturer dari universiti Al-Azhar Mesir.Oleh kerana mereka baru tiba maka mereka (4 orang termasuk gurunya) bersembahyang Isya' berjemaah sesama mereka.Kebetulan pula imam tersebut berdiri di barisan hadapan berhampiran dengan aku duduk tiba-tiba aku terasa bahu aku di cuit. Rupanya pemuda tadi yang mencuit bahu aku..hai main cuit je ke bro mentang-mentang la aku tak tahfiz kan...sudah lah berjalan depan orang tua pun aku tengok tak reti lagi dah nak menunduk ... main redah je.Tapi tak kisah la dan aku beranjak ke tepi untuk memberi laluan padanya.

Selesai sembahyang imam dari mesir itupun menjadi imam kami semua pada malam ini untuk solat tarawih. Cara sembahyang juga sama dengan bacaan yang terang dan jelas bersama surah pendek tapi bezanya sembahyang yang di lakukan berterusan sehingga 8 rakaat.Terkial-kial jugalah aku tengok pakcik-pakcik yang ada sambil berpandangan sesama sendiri sebab biasanya selepas habis sembahyang akan ada doa dan selepas itu baru disambung rakaat seterusnya.Masuk rakaat ke 4 apabila imam bangun dan melihat kami semua belum bangun dia berkata "KUL..KUL.." aku tak faham makna "KUL" tu tapi aku rasa dia suruh kami semua bangun.

Cuma aku rasa tiada apa yang istimewa berimamkan dia kerana seperti rasa 'tak sampai'.Jika nak dibandingkan dengan imam ke-3 di surau kami ini aku rasa lebih 'sampai'.Jika dia menjadi imam kami terasa seolah Allah berada di hadapan kami.Cara bacaannya begitu tenang, lancar dan terang membuatkan kami semua terpaku dengan khusyuk menghayati bacaannya.Begitu juga ketika berzikir sebutannya juga jelas tidak tergopoh-gapah.Ketika berdoa adalah saat yang ditunggu-tunggu oleh kami semua.Dia membaca doa dengan penuh penghayatan dan penuh pengharapan seakan Allah itu berada di hadapan kami dan mendengar doa kami semua.

Setelah habis doa pertama dan selepas selesai membaca al-fatihah untuk doa yang ke dua dia turut berdoa dalam bahasa melayu antara doanya " Ya Allah ya tuhan kami ampunilah dosa-dosa kami..dosa-dosa kedua ibubapa kami..dosa-dosa isteri dan anak-anak kami dan dosa-dosa saudara-saudara kami yang masih ada mahupun yang telah pergi..tunjukkanlah kami ke jalan yang benar..jalan yang kau redhai" dan seterusnya sebelum disambung semula dalam doa bahasa Arab.Ketika berdoa inilah ada antara kami termasuk aku pernah menitiskan air mata kerana menghayati sepenuhnya doa yang dia baca.Inilah yang aku maksudkan 'sampai'.Aku pernah merakam suaranya ketika kami solat dan ketika dia berdoa tapi malangnya suara rakaman dari hand set aku tidak jelas.Malangnya juga imam ke-3 ini agak keberatan untuk menjadi imam kecuali jika imam pertama dan kedua lewat atau tidak datang barulah dia akan menjadi imam.

Berbalik pada tarawih kami pada malam ini kalau sebelum ini sembahyang Tarawih dikatakan bersenang-senang dan berehat malam ni dah lain sikit.Tak ada rehat dan tiada doa sehinggalah habis 8 rakaat.Habis saja 8 rakaat imam tersebut terus memberi takzirah dalam bahasa Arab tapi kemudiannya diterjemahkan semula oleh anak muridnya dalam bahasa Melayu.Kalau dah dalam bahasa Arab siapa yang faham dan aku sendiri lagi la tak faham.Kalau dah dah faham hahhh!!..tak faham-faham lagi..sembahyang pun dah selesai..apa lagi balik laaa.. hehe.


16 ulasan:

  1. cara laian yang tak kita biasa memang tak seronok juga kan...

    BalasPadam
  2. hhmm...ape yg bleh sy katakan, Islam tu kan mudah, knape lah kita sebagai manusia sering menyukarkannya

    BalasPadam
  3. memang ramai yn tak berdoa lepas sembahyang skang ni..leceh la bila ada yang memandai2 dan nak jadi pandai dan pandai2 nak ubah apa yg telah atuk dgn nenek kita ajar..

    BalasPadam
  4. Biasa la tu, kekadang x paham kenapa asal bln puasa je nak jemput imam luar?

    BalasPadam
  5. salaam..

    bang, nak tanya je, dia buat 4 4 kan?

    BalasPadam
  6. w'salam Ashrafi..
    tak..terus 8 rakaat..berpeluh jugala ketiak masing2 hehe

    BalasPadam
  7. hehe,,untuk selesaikan segala kekeliruan pg tanyer yang pakar..nape die wat stret,,suh die bg hujah2 untuk manghilangkan segala syak wasangka kite..lagipun tak elok banding2 kan orang..coz every person ade kekurangan n kelebihan masing..cube bertanyer nape die wat g2..mungkin ade hujah yng terbaik tuk menjawab segla persoalan..ini hanya pandangan saya..maaf kalau terkasar..tq:)

    BalasPadam
  8. Salam ziarah sahabat semoga ceria sentiasa. Selamat berpuasa. Sibuk campo penat sikit berbulan pose nie :)

    BalasPadam
  9. Farah Ain..catatan ini bukanlah utk mengelirukan bukan juga mewujudkan syak wasangka tetapi sekadar berkongsi sedikit perbezaan yang dialami krn ia tidak seperti kebiasaan sepeti masyarakat kita disini amalkan..pastinya dia juga ada sebabnya yg sendiri yg kita tidak tahu
    Walauapapun tujuannnya yg penting adalah ibadah kita itu diterima oleh Allah s.w.t...terima kasih dgn komen.

    BalasPadam
  10. Ada Imam mambaca tersangat laju dalam setiap bacaan nya..nak cepat habis..

    BalasPadam
  11. Releven..setuju kdg2 mcm tu..kita sebagai makmum hanya ikut imam je hehe

    BalasPadam
  12. salam...

    wah baru beberapa hari x menziarah..teratak en.ozzy dah ada perubahan..cantik2 merah and hitam meamng kena...

    BalasPadam
  13. Salam En. Ozzy

    Nice write up.. enjoy je baca.. =)

    yours
    SH

    BalasPadam
  14. salam ramadhan

    lama tak singgah sini macam ada.... hehehe

    BalasPadam
  15. ada banyak pendapat tentang cara menjalani sebenarnya. kalau buat 4rakaat direct pun ada jugak hadisnya. apapun, terpulang juga. kalau tak suka bukannya tak boleh mufaraqah atau buat sendiri kan? hehe.. part doa, rasaya Wallahua'lam. tapi doa itu kan berdasarkan apa yang kita suarakan.. atau lebih kepada cara kita mengabdikan diri kepada ALLAH.

    mudah mudahan segala ibadah kita diterima, ameen Ya Rabb

    BalasPadam
  16. Salam,

    Bukan calang2 iman tu Ozzy dari Universiti Al-Azharlagi.

    BalasPadam

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...