29 Ogos 2010

Menangi Duit Raya Sehingga RM200

Ini kali pertama aku menyertai contest yang dianjurkan oleh rakan-rakan blogger.Agak menarik kerana kita rakan blogger tidak pernah bersua muka dan mungkin tidak mengenali antara satu sama hanya kenal di alam maya.Walau apa jua maksud dan tujuan contest ini di buat pastinya hanya empunya diri yang lebih mengetahui maksud yang tersirat dan tersurat.Yang pasti dunia blogger juga mampu menghasilkan duit walau mungkin tujuan asal kita bukan untuk duit..sekadar catatan peribadi contohnya.


Contest ini dianjurkan oleh cdiqlife.com dan syarat yang diberi adalah seperti berikut :

Contest ini hanya memerlukan anda melengkapkan slogan dengan cara yang paling kreatif.
Lengkapkan slogan di bawah dengan idea anda yang paling kreatif !.


Saya mahu memenangi DUIT RAYA daripada cdiqlife.com kerana…"ZAMAN INI ZAMAN DUIT...ADA DUIT RAMAI MENYELIT...TAK ADA DUIT KITA DI HIMPIT DAN TERSEPIT... SEGALANYA PERLUKAN DUIT TAPI JANGAN SAMPAI KITA JADI HAMBA DUIT".
Syarat lain adalah dengan meletakkan banner contest seperti di bawah di blog anda - siap !!..
   < --------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------> 

ENTRY TENTANG DUIT



Duit pada hari merupakan satu ungkapan keramat bagi setiap manusia yang hidup di muka bumi ini.Meskipun sebutannya berbeza antara sesebuah negara tapi fungsinya adalah sama iaitu sebagai tukaran untuk mendapatkan sesuatu barangan yang sama nilainya. 

Bagi mereka yang pernah hidup susah pasti amat memahami keperitan hidup akibat tak ada duit. Duit bukan segalanya tetapi dengan duit juga kita boleh buat segalanya...tak perlu hipokrit.Kerana duit keluarga berpecah ..kerana duit manusia bersengketa..kerana duit diri di hina dan kerana duit juga boleh menjadi punca segalanya..jika besi dihina kerana karat manusia pula dihina kerana melarat.

Tidak perlu dinafikan peranan duit dalam hidup kita kerana itu juga wujudlah peminta sedekah tujuannya juga kerana perlukan duit untuk meneruskan hidup.Bersyukurlah kerana kita di sini belum sampai tahap menjadi peminta sedekah.Kita masih mampu berusaha dengan kudrat yang ada meskipun pendapatan setiap dari kita berbeza yang penting ianya dari sumber yang halal.

Kerana terlalu mengejar duit juga maka ada antara kita menjadi hamba duit.Duit pada mereka adalah raja untuk segalanya.Duit menjadikan mereka lupa pada segalanya dan duit juga membuatkan mereka bersengketa dan menindas mereka yang lemah.

Mungkin ada antara kita perlu akui bahawa duit juga bukan segala-galanya.Ada antara kita hidup dilimpahi dengan duit tetapi ia masih belum mampu memberikan kebahagian dan ketenangan yang dicari.Mereka hidup dalam dunia yang terasing dan terkurung disebalik kemewahan yang dimiliki kerana itu pada mereka duit juga bukanlah jaminan kebahagian yang hakiki. 

Hari ini duit dijadikan kayu pengukur kejayaan seseorang.Kerana duit kita dihormati dan disegani tak kira walau siapapun kita dan walau apapun keturunan kita.Namun ada kalanya duit juga mampu menghilangkan kewarasan kita sebagai manusia apabila akal fikiran dikuasai oleh duit.



11 ulasan:

  1. Saya setuju dgn semua pendapat en.ozzy.. Ada diantaranya turut terjadi dalam family saya..untuk saya, saya perlukan duit untu menyara keluarga dan memberi yang terbaik untuk family saya(paling penting cari duit berpijak atas kaki sendiri, bukan guna tiket mak ayah)..paling penting halalan toiyiba..

    BalasPadam
  2. salam nisa..
    jom sertai contest hehe..

    BalasPadam
  3. macam best je...nak join juga lah..hehe.

    BalasPadam
  4. Aisyah AR..
    Silakan..mana tau kot ada rezeki

    BalasPadam
  5. Teringat lagu M. Nasir duit..duit dimana kau duit :) Selamat maju jaya !

    BalasPadam
  6. salam en.ozzy..

    wah bestnya ada contest dapat duit...

    BalasPadam
  7. salam..
    woittt..moga menang
    nanti boleh belanja
    ngetea..hu hu

    BalasPadam
  8. Salam Ozzy. Wow! ada contest utk dpt duit! Nanti aku suh staf2 aku masuk. Ye la..diorg tu sibuk mintak kat aku duit raya..Klu sorang RM100, masak aku nak cari RM40k..ish3

    BalasPadam
  9. W'salam semua..
    Zul..insyaallah apa salah mencuba

    Abang Long..boleh cuba mana tau kot ada rezeki..tarikh tutup lambat lagi tu

    BalasPadam
  10. Ada orang takder duit juga buat pening kepala memikirkannya, Terlebih duit pula sakit jiwa nak berbini dua.

    heheh gurau2 jer kat sini ma...

    BalasPadam

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...