18 Ogos 2010

BLOGGER YANG TERDESAK

Jika dulu aku menyahut seruan bagi menerbitkan entry bertajuk 'blogger yang tersepit' dari saudara rohaizad atau lebih dikenali sebagai cikgu Ijad kali ini beliau memberikan pula tajuk baru iaitu 'BLOGGER YANG TERDESAK'.

Aku sebenarnya tidak tahu akan adanya perkara ini kerana aku bukanlah follower dia dan aku rasa dia juga bukan follower aku maka apa jua perkembangan pada blog dia ataupun aku masing-masing tak tahu.

Aku hanya tahu perkara ini setelah seorang follower aku iaitu blogger 'talkisaid' bertanyakan pada aku kenapa tak join membuat entry ini dengan meninggalkan pesanan pada shoutmix.Mungkin dia ada membaca entry yang aku terbitkan sebelum ini iaitu entry 'blogger yang tersepit'.Terima kasih pada 'talkisaid' kerana itu menandakan dia perihatin dan mungkin juga berminat membaca kupasan aku sebelum ini.

Mungkin antara yang joint terdiri dari mereka berprofile tinggi dengan penulisan yang hebat lagi mantap serta jauh berpengalaman berbanding aku yang tak seberapa ini dalam dunia blog tapi aku tak kisah kerana seperti tema yang tertera di header bergerak aku ini "BILA HATI MULA BERKATA HUJUNG PENA KU SALUT BISA" ianya mempunyai pengertian yang mendalam.Terdesak boleh dianggap sebagai satu situasi di mana seseorang tu berada pada satu masa yang terhad contohnya ketika saat menghadapi detik cemas,waktu atau masa yang hampir tamat atau ketika tidak mempunyai banyak pilihan.

Kita lihat kebanyakan blogger mempunyai niat dan impian yang hampir sama iaitu menjadikan dunia blog sebagai serampang dua mata atau lebih tepat disebut dua dalam satu.Pertama kerana ingin meluahkan atau mencoretkan sesuatu samada luahan perasaan,rasa tidak puas hati mahupun sekadar catatan kosong.Setelah itu barulah timbul keinginan atau hasrat untuk menambahkan pendapatan melalui iklan yang didaftarkan pada blog.Bila iklan telah di tampilkan maka apalah maknanya kalau blog tiada pengunjung dan untuk menarik pengunjung perlu ada tarikan pada blog tersebut.Bagaimana pula bila blog telah dihias cantik tapi pengunjung tidak kunjung tiba?.Cara lain adalah melalui kunjungan balas atau blogwalking.Untuk menarik lebih ramai lagi pengunjung mungkin boleh gunakan alternatif lain seperti dengan menyiarkan di facebook ataupun auto publish.

Setelah mendaftar pada syarikat pengiklanan contohnya nuffnang maka blogger mengharapkan pula status BE (buffered earning) kerana bayarannya lebih tinggi jika iklan tersebut di klik.Untuk mengekalkan status ini maka pemilik blog perlu mengekalkan traffic iaitu sekurang-kurangnya 700 kali klik seminggu jika tidak status BE akan dibatalkan.Berhadapan dengan polemik inilah ada kalanya blogger tersebut akan menghadapi saat-saat sebagai BLOGGER YANG TERDESAK apabila masa yang diperlukan tidak dapat diluangkan pada blog samada untuk update blog atau membuat blogwalking sekaligus menjejaskan kunjungan rakan pada blognya.

Berhadapan dengan detik ini maka kemungkinan terjadi sekiranya blogger tersebut seorang pekerja masa tetap diselitkan untuk tujuan update blog atau blogwalking.Sewaktu meeting jejari masih sempat menari menekan butang keyboard laptop.Separuh waktu rehat turut dikorbankan bagi tujuan ini.Mungkin seorang guru juga masih berpeluang menyuruh anak muridnya menyiapkan beberapa kertas kerja sementara dia pula sibuk dengan blog kesayangannya.Sementara golongan pelajar di IPTA pula akan turut menjadi BLOGGER YANG TERDESAK apabila melihat deretan 'assignment' yang perlu disiapkan kecuali jika blognya dihasilkan hanya sekadar minat bagi memenuhi waktu yang terluang.

Di saat blogger tersebut terdesak mungkin bertukar menjadi blogger tersedak apabila menerima panggilan agar segera balik ke kampung.Perjalanan yang mungkin memakan masa sehingga 5 jam membuatkan masa bagi mereka menjadi terhad.Mana mungkin ketika memandu masih boleh update blog kecuali jika menaiki bas.Bagaimana pula bagi golongan lain peniaga misalnya turut sama menerima tempias sebagai BLOGGER YANG TERDESAK sekiranya perniagaan terpaksa ditutup lewat malam.

Kesimpulannya tak perlulah memaksa diri sehingga mencipta ruang terdesak kecuali jika kita adalah sebagai blogger sepenuh masa dan memperolehi pendapatan sehingga mencecah 10 ribu sebulan. Mungkin juga akan sampai saat kita sendiri betul-betul terdesak maka aku cadangkan pilihlah kerja jaga atau security di kilang-kilang atau premis perniagaan dan hanya ambil untuk shift malam.Sambil duduk lebih baik menulis blog atau blogwalking daripada ditangkap kerana tidur pada waktu kerja. Mungkinkah akan terjadi apabila tiba masanya di usia emas atau pencen kita akan melakukan kerja ini ??..atau sememangnya telah pun terjadi ketika ini ?? seorang jaga menjadi blogger....

p/s - ketika menulis entry inipun aku juga dalam keadaan terdesak sebab dah terlewat.



10 ulasan:

  1. Wahh hehe ni bukan lagi terdesak tp tesedak overdue huhu..gurau je..bab perenggan last sekali mmg ada point cukup bernas..kadang2 tgk jaga ni dok termenung ja 24 jam..why not grab a lpatop sambil2 blogging hehe...maybe akan ada nnt....laptop dan internet dh jd murah gila hehe

    BalasPadam
  2. Alhamdulillah, aku tidak begitu kerana aku tahu isi dalam blog aku tak menarik. lagipun aku serahkan buat pembaca, mereka lebih tahu. sementara aku sekadar menulis tuk menjadi penyampai (terdesak jugakah maksudnya ni?)

    BalasPadam
  3. kawan jarang terjebak dgn entri terdesak... kebykkan entri meranban aje... sekadar suka suka2 :)

    BalasPadam
  4. Aku menulis bukan kerna nama..Ramli Sarip yg ckp...tak pernah terdesak pon..tiap org lain cara lain maksud berbloq...tu yg ada sesetengah bloger selalu terdesak...dtg kebloq cuma mencari follower tanpa mahu memahami apa yg cuba rakan bloger penakan..

    BalasPadam
  5. just post entry yang terlintas di fikiran.. kekadang x de gak benda nak tulis.. :p

    xde la terdesak sangat.. :p

    BalasPadam
  6. Salam bro. Aku pun agak terdesak bila baca tajuk entry ko nih dan tersedak bila ko suggest jaga jd blogger. Bukan apa aku kerja kat security company dan tak mahu guard2 aku lalai semasa bertugas..hehehe

    BalasPadam
  7. w'salam abg long..
    Daripada diaorg tido lebih baik diaorg berjaga.. biasanya guard kena kunci jam sejam sekali kan.. asalkan x jejas tugas diaorg la kan.

    BalasPadam
  8. saja2 tulis blog...setakat ni belum terdesak lagi...hehe...

    BalasPadam
  9. saudara ozzy, thank u for backlink to my blog. hehehe sy blogger tak terkenal pun, tp blasah jer joint gak project tu...:)

    BalasPadam
  10. saya menjadi blogger bukan kerana terdesak dan bukan juga kerana tersepit... tetapi kerana saje2 berkongsi info yang dirasakan berguna...

    BalasPadam

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...