Di sebalik keheningan malam di bulan ramadan yang penuh barakah ini tanpa ramai yang menyedari sudah mula terselit adegan pertengkaran di antara suami isteri.
Bagi golongan bujang pasti tempias adegan ini tidak sangat di rasai malah mungkin juga tidak tersenarai langsung dalam firasat mereka. Ayat klise yang biasa kita dengar "sedangkan lidah lagi tergigit inikan pula suami isteri".
Masalah ini jika dilihat boleh dikategorikan sebagai masalah negara cuma tahap keseriusannya berbeza pada setiap surirumah.Mungkin ada yang buat tak endah atau tidak ambil peduli dan mungkin juga ada yang enggan mengalah atau mungkin juga ada yang sedang mencari jalan penyelesaian. Apa masalah sebenarnya ni? Bunyi macam serius je..apakah masalah ini bakal menggugat ketenteraman negara?
Masalahnya macam mana nak sambut hari raya nanti hehe.Kenapa jadi masalah negara? sebabnya pihak kementerian telah tetapkan cuti sekolah hanya pada sehingga penghujung bulan puasa.Jika Hari Raya jatuh pada hari jumaat bermakna anak-anak akan kembali bersekolah pada hari isnin berikutnya.Ini bermakna kita hanya akan sempat berhari raya selama 3 hari sahaja.So apa masalahnya tak cukup ke?
Memang tak cukup sebab sekiranya kampung suami dan isteri jaraknya berjauhan contohnya suami dari Kedah isteri dari Kelantan.Jika raya sebelum ini mengikut giliran Hari raya pertama hingga ke 3 beraya di rumah suami hari raya ke 4 dan seterusnya di rumah isteri sehingga habis cuti.Tapi kali ini cuma ada 3 hari. Katakanlah hari raya tahun ini jatuh pada rumah suami dahulu takkan hari raya ke 2 awal pagi dah nak bertolak dari Kedah ke Kelantan?.Masa yang di ambil pun dah dekat satu hari. Esoknya beraya kejap di Kelantan lepas tu petangnya dah nak kena balik ke KL.Berapa rumah je sempat nak beraya?.
Pada anda yang belum berbincang lagi eloklah mulakan seisi perbincangan.Jangan sampai gaduh sudah.Aku pun baru lepas bincang sebab bab-bab macam ni orang perempuan laju je nak bincang hehe.Kebetulan pulak tahun ini turn beraya di kampung aku dahulu dan kalau mengikut rule kami hari raya ke 3 barulah balik ke kampungnya.Hari Raya ke 3 jatuh pada hari ahad maknanya bila aku sampai ke kampungnya hari dah pun malam esoknya dah nak bertolak balik ke KL sebab anak dah nak sekolah..hahhh !! sudah..macamana?
Bagi aku tak perlulah nak peningkan kepala sangat.Issuenya cuma hari raya.Kesian juga tengok isteri tak dapat balik beraya ke rumah maknya kan.Masalah lain pula timbul sebab mak aku dah ingatkan tahun ini turn aku beraya di kampung aku dulu.Hahhh!! satu hal lagi hehe.Jalan mudah isteri aku beraya di kampung dia dan aku balik beraya di kampung aku.Anak-anak pula camana?.Kalau tanya anak-anak confirm diaorang nak ikut maknya sebab beraya dikampung maknya kantung mereka lagi lebat dari beraya di kampung aku "dapat ciput je" diaorang kata.
Apa-apa jelah yang penting kena ada toleransi antara kita suami isteri.selama 15 tahun kami kahwin mungkin ini kali pertama raya asing-asing tak menjadi kudis pun buat aku.Janganlah pulak ada yang kata dayus kalau tak mengalah dalam soal-soal kecil macam ni.Kalau ada yang kata haram isteri tak cium tangan suami di pagi raya tak tahulah pulak aku.Berbincanglah dan pertimbangkanlah dengan sebaik mungkin.Maklum saja zaman sekarang ni perkara kecil pun boleh menjadi cerai berai.Guna sms pun boleh jatuh talak dah macam dalam iklan shampoo " guna jari pun boleh ".
Mana yang beristeri 2 atau lebih tak tahulah aku macamana nak komennya kena tanya tuan punya diri.Walau apapun aku amat berharap pihak kementerian dapat pertimbangkan semula cuti hari raya ni. Mungkin sambung seminggu lagi bukan apa orang yang dalam kementerian tu pun nak beraya juga kan...tak gitu pak menteri.

salam Ozzy..
BalasPadampulak?..macam2 perangai orang bila nak beraya ni..buat cam aku je,apa aku kata hitam..hitam la,selalunya aku adil..he he
w'salam zul..
BalasPadamTu nampak mcm x adil je tu hehe...sesekali apa salahnya ikut putih hehe.
Memang kadang bleh mengakibatkan kemarahan kalau bab balik raya ni...hehehe kena pandai kawal jiwa...saya selalunya raya kene amik 7hari!!!
BalasPadamTinggal di JOHOR...balik kg sendiri...TAIPING...balik rumah mertua...TERENGGANU... Golden Triangle!!!
3 hari utk perjalanan saja...Nasib baik keje sendiri..hehehe...
salam..
BalasPadambincang elok elok je.. :)
susah juga bila raya tiba ya...
BalasPadamkalau mcm ozzy raya asing2, orang tua tak kisah ke?...
Kalau ikut giliran tak dengki kut..dah mmg giliran dia tak akan kita nak bantah kut..lain le lepas dia..dia hehehe...:)
BalasPadamAshrafi
BalasPadam-w'salam .. bincang lah sebaiknya.
Arol - Ini pertama kali Arol..diaorg dah x kisah kot..bukan issue besar sgt pun kan.
Abg Yassin - Kalau gitu dah x nama giliran kalau lepas dia..dia pastu dia..kita bilanya hehe
Salam Ozzy..
BalasPadamNasib Baik Kg saya dan suami tak jauh..Saya Di Sg. Buloh..Suami Di Sg. Penchala..Perjalana ambil masa 30 minit jer dari Sg B Ke Sg. P...hehehe...
Tp Sekolah anak saya bercuti sehingga Jumaat..1 minggu...
w'salam Eye_nee - Jodoh masing2..kalau dekat mudah la kan..skolah beri cuti bagusla
BalasPadamSalam Ozzy. Pedas gak utk aku post kau ni. Bukan ape, ni first time kena beraya 3 negeri i.e. Trengganu, Johor and Selangor..w'pun selangor tu kira dekat tapi kena kira gal coz rumah lain2. Tu la padahnyer kawin 2...hehehe...Masaaaak
BalasPadamw'salam Abg Long..
BalasPadamKena ke abg Long lagi ke hehe..x pe abg Long kuota ada 2 lagi tu...wah yg beristeri 2 dah jwb hehe ...ada lagi ke.
salam ramdhan 15
BalasPadamwah cepat tul abg ozzy buat perbincangan ye.. tapi angah tak perlu bincang kalau turn raya umah mak masing terpulang nak raya berapa lama.. tapi yg penting tahun nie angah raya umah mak mertua huuuuuu tak pe next year umah mak angah lak..
apa2 pun angah ucap syabas pada abg ozzy tahniahhhh
situasi yg slalu berlaku bila nak raya :D
BalasPadamzairie recently posted:
BUKTI CIKTA SEJATI
BARU 12 TAHU DAH PANDAI SEKS2
INI BARU RAJA ULAR
ADIK WAN NUR TAK HILANG??
alhamdulillah la ataicha baru je 1st year kahwin.. dan wife choose turn kat Kg ataicha dulu di Kelantan.. dan cuti pun dapat 11 hari.. lama gak kan.. so maybe raya ke 4@5 balik sebelah mertua d Jengka.. iya la kena la adil..
BalasPadamtapi kalau jadi macam bro.. mmg sakit gak bila cuti pendek..
Angah - Bagus la mcm tu.
BalasPadamzairie - Tu pasal kena bincang baik2
Ataicha - betul tu..sebaiknya terus buat sistem giliran kalau x lama2 nanti kecoh..baru kawin x nampak lagi tu.
huiss ssh gak eh..
BalasPadamsdey je xpat raye same2..huhuhu
xpe raye haji ade, raye cine ade =P
haha...nasib baik cik tom tak kahwin lagi..mak ayah pun xde gadoh2..huhu
BalasPadamcik bucken - betul gak tu raya haji ada
BalasPadamcik tom - nanti dh kawin eloklah brbincang
nasib sama tmpat..jadi tak jadi hal...
BalasPadamSalam Ozzy,
BalasPadambukan ker cuti sekolah bermula dari 4 - 12 cuti sekolah, sekolah mula buka semula 20hb.Budak2 sekolah dah ganti sejak 3 minggu lepas sekolah hari sabtu untuk ganti cuti raya ni. Ok so settlekan..balik kg mana eekk..
w'salam sweetie..
BalasPadamOhh..kalau mcm tu oklah..dah boleh ikut giliran mcm biasa..thn ni balik kg saya dulu.
MET RAYE JE.......
BalasPadamMCM2 TIGKAT ORG KUT RAYE NI....