Sesuatu musibah yang berlaku sering kita anggap ia sebagai takdir.Maka kita redha dengan apa yang berlaku. Kita merasa sedih apabila melihat diri kita tidak sempurna seperti orang lain.Kita merasa sedih apabila melihat orang lain mempunyai tangan yang sempurna bersama jari yang dapat berfungsi dengan baik sedangkan kita hanya mampu melihat tangan kita tidak ada jari seperti orang lain.
Apabila orang lain melihat mereka turut tumpang simpati melihat kita terkial-kial cuba memegang sesuatu.Ketika itu terasa sayu apabila ada insan lain yang turut membantu bagi meringankan beban yang ditanggung.Ketika orang lain selesa membuat kerja kita terasing kerana menyedari takdir yang menimpa menyebabkan kita hilang jari.Kita mengeluh mengenangkan takdir yang menimpa ..alangkah bertuahnya mereka tidak ditakdirkan menjadi seperti aku tetapi betulkah itu semua takdir?.
Mengenang kembali takdir yang berlaku apakah masyarakat sekeliling akan simpati kepada aku jika mereka tahu takdir yang berlaku pada aku.Mengingat kembali peristiwa yang berlaku 30 tahun dulu aku seperti kanak-kanak lain bergembira bermain mercun.Rasa tak puas dengan mercun biasa aku bersama rakan-rakan lain ingin membuat kelainan.Kami mencari batang buluh yang agak besar dan kemudiannya dibersihkan. Selepas itu kami menyumbat belerang mercun dan kemudiannya sumbunya dinyalakan.Kami gembira apabila dentuman mercun ciptaan kami bergema memecah keheningan malam.Kami bangga mendengar dentuman padu mengatasi mercun kanak-kanak lain.
Belerang disumbat lagi dan kali ini aku ingin pastikan belerang di isi dengan cukup mampat agar bunyinya lebih menggegar jika boleh gegarannya dapat di rasa hingga ke Afrika.Sedang belerang dimampatkan tiba-tiba buluh meletup..pandangan ku berpinar dan terasa jariku kebas kemudiannya pedih yang amat sangat.Bila pandanganku kembali pulih aku melihat darah mengalir dari tapak tanganku.Mataku tidak berkelip melihat 3 jariku terkulai di atas tanah.Aku berlari ke rumah memanggil emak tanpa pedulikan lagi jariku yang tertinggal.Tiba di rumah duniaku gelap dan bila aku sedar aku berada di hospital bersama tanganku yang berbalut.Akhirnya aku terima TAKDIR bahawa jariku telah tiada lagi ..aku redha dalam pasrah...
Kisah tersebut bukanlah kisah diri aku tapi kisah mereka yang telah kehilangan jari akibat mercun. Berapa ramai lagi di antara kita hari ini turut ingin menempah TAKDIR ini?.Apakah takdir ini hanya pada orang Melayu setiap kali kita menyambut ramadan dan seterusnya menyambut Hari Raya pada bulan Syawal. Apakah 30 tahun akan datang generasi kita yang tiada jari akan semakin meningkat. Aku bukan tidak percaya pada takdir cuma tertanya-tanya apakah takdir ini telah ditentukan.Jika jari kita putus akibat 'tersepit' pada mesin itu sememangnya dianggap takdir tetapi jika kita sengaja suakan jari kita ke dalam mesin wajarkah itu digelar takdir?.Maka sekiranya jari kita putus akibat bermain mercun yang dilarang generasi kita akan berkata " nak buat macamana aku terima suratan takdir ".Akibatnya kita susah nak cari kerja dan juga untuk membuat apa-apa kerja maka kita pun berkata " nak buat mcamana aku terima suratan takdir ".
Kerana itu setiap kali tibanya bulan puasa aku ternanti-nanti berapa ramai orang melayu yang akan hilang jari atau lebih malang lagi kudung tangan.Aku sekadar mampu menulis kerana.......

" BILA HATI MULA BERKATA...LIDAH KELU UNTUK BICARA...
HUJUNG PENA KU SALUT BISA "
our govt have done their best part to avoid this happen again and again. But it is us and society who just love doing wrongful act. Berani buat, berani tanggung. Or we just make another new ad like this "Nak Cacat Kekal?? Jom Pakat Main Mercun!!"
BalasPadambiasalah budak2 memang macam tu.. yang tak di kasi lah yang nak dibuatnya...
BalasPadamye ke? ozzy sampai hilang jari dulu... ish... tentu sakit...
bersabarlah...semua yang berlaku tentu ada hikmahnya...
Mia Liana..
BalasPadamItulah jawapan yg sering kita dengar "biasalah budak2 mmg mcm tu"..mmm
Bukan jari saya yang hilang..cuma kisah jari org kita yg hilang.
SALAM..
BalasPadamalahai kesiannya
anak sapa la tu Jie
moga sembuh segera..
koi mmg pantang anak main
mercun ni..bunga api main
pun ki pantau