20 Ogos 2010

MANDI WAJIB

Golongan dewasa pasti tahu dan pernah mandi wajib.Mungkin ramai diantara kita juga tahu syarat-syarat mandi wajib yang sah.Jika zaman dahulu mandi wajib lebih mudah apabila orang zaman dahulu mandi di dalam sungai berbanding sekarang kita mandi di dalam bilik mandi yang ada antaranya agak sempit.Antara syarat sah mandi wajib adalah meratakan air ke seluruh badan termasuk membersihkan bahagian di celah-celah penglipatan badan.Tetapi ramai yang terlupa atau tidak menyedari ada satu bahagian yang tertinggal.

Ini kerana bahagian ini jarang disebut dan diperkatakan samada didalam buku panduan atau ketika seisi penerangan.Tahukah anda bahagian tersebut?.Bahagian tersebut adalah pada pusat anda.Cuba lihat pada pusat anda apakah bersih dan selalu dicuci.Biasanya bahagian ini sering dilupakan atau mungkin kita terlepas pandang samada ketika mandi biasa mahupun mandi ketika mandi wajib.Bahagian ini ada kalanya mengumpul kekotoran dalam jangkamasa yang lama dan jika tidak dicuci kekotoran akan terus melekat di situ.Jika pusat anda lebih dalam maka kekotoran tersebut tidak mudah hilang hanya melalui air yang disimbah.Ianya perlu dicuci dan dibersihkan sama seperti kita mencuci bahagian lain.

Mungkin selama ini kita fikir mandi wajib kita telah sempurna tetapi setelah menyedari bahagian ini tidak pernah dicuci apakah mandi wajib kita sah? atau bahagian ini tidak termasuk dalam syarat-syarat sah mandi wajib dan tidak perlu dicuci ? Cuba bayangkan sekiranya bahagian ini diabaikan telah berapa kali kita ke masjid dan telah berapa lama kita solat serta menjalani ibadah puasa dan juga ibadah-ibadah lain ? Sila perhatikan pusat anda...bersih??


13 ulasan:

  1. Uiks..sepusat sepusen mak bersih! Walaupun rasa geli2 digelek masa nak cuci, musti gak! Miahaha..citer psl pusat la plak ari ni ye ozzy!

    BalasPadam
  2. Lagenda..
    Mungkin ada yang tak pernah cuci..biasanya orang selalu sebut bahagian lain je.

    BalasPadam
  3. haiishh bagus nya info ni..tapi alhamdulillah kita tak pernah lupa bhg ini..lain pd yg lain n3 ozzy kali ni..hehe

    BalasPadam
  4. bagus la ingatkan benda-benda macam ni..kadang2 benda yang kecil ni la org selalu tak ingat...

    alhamdulillah...ummi sentiasa ingat tentang pusat ni..hihiks

    BalasPadam
  5. pusat mengandung logam yang menyukar dan menghalang air dari melaluinya...

    menarik ;)

    BalasPadam
  6. Pendek kata kalau mandi wajib kena main-main pusat tu getek :)

    BalasPadam
  7. Salam Ozzy,

    Kena pastikanlah betul-betul bahagian2 yang tersembunyi tu bersih.TIma kasih mengingatkan Ozzy.Kalau mandi wajib tak sempurna, macammna nak solat, puasa dan sebagainya.

    BalasPadam
  8. salam ozzy..
    ermmm tak tahu pulak
    aku pusat kita ni
    kotor??jenuh nak korek
    kena pulak yang jenis
    pusat dalam..pusat aku
    timbul..jadi tak nampak
    la pulak kekotorannya
    wallahulam..

    BalasPadam
  9. salam semua..
    ramai yang tak sedar rupanya ..so lepas ni pastikan pusat anda semua juga dibersihkanlah ye..

    BalasPadam
  10. betul2...emak cik tom pernah cakap..nice info sebab tak semua orang tahu..

    BalasPadam
  11. Adanombor fon tak...???
    Perempan ja...!!!

    BalasPadam

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...