22 Disember 2010

BLOG AKU KENA INTERVIEW

Blog aku kena interview?..oppsss silap blog aku kena review...tak apalah asalkan ada bunyi view jugakan.Terima kasih dan aku amat hargai atas kesudian Cik Amy Syaquena dari blognya SINAR RAUDAH kerana menyenaraikan blog aku sebagai blog pilihannya untuk direview di SINI.Rasa segan juga sebenarnya kerana blog aku ni bukanlah berada dalam carta blog yang popular.

Kata orang kalau jiran sebelah rumah bekalkan kita kuih tak sampai hati nak pulangkan bekas kosong, nak juga balas meskipun hanya seketul kuih walau bukan itu yang jiran kita harapkan.Kalau tak ada kuih yang sedap cokodok pisang pun dikira memadai.Dari itu aku bekalkan sedikit cokodok pisang untuk Sinar Raudah...

Inilah wajah blognya dan untuk mengetahui lebih lanjut silalah ke http://sinarraudah.blogspot.com/.


Beliau berasal dan menetap di Ipoh Perak (asal Melaka?) dan merupakan seorang buisnesswoman milik syarikatnya sendiri.Telah berkahwin dengan jejaka pilihan hatinya yang hensem dari Kelantan dan sedang berusaha untuk mendapatkan cahaya mata.Review aku sekiranya pasangan tersebut bertemu diantara negeri Perak/Melaka dengan Kelantan atau berlainan negeri ada di  SINI   tetapi itu hanyalah pandangan aku sahaja dan tidak semestinya tepat.Sewaktu mula singgah dan menjadi followernya ketika itu, entry yang dipaparkan banyak berkisar tentang masalah yang dihadapi dengan rakan dan pekerjanya. Antara yang aku masih ingat adalah kisah rakannya yang menggunakan duit syarikat untuk membeli motor malangnya rakannya tidak gantikan semula duit tersebut.

Cabaran lain yang beliau hadapi melalui luahan di dalam blognya ketika itu adalah bebanan tugas yang terpaksa dipikul seorang diri kerana sukar mendapatkan seseorang yang benar-benar boleh diharapkan. Melihat pada kekerapan entry yang dihasilkan setiap hari kebelakangan ini aku andaikan mungkin masalah tersebut telah berjaya diatasi.

Perkara yang aku rasakan sering membuatkan dia resah adalah tekanan orang sekeliling untuk melihat dia menimang cahaya mata dan itu adalah antara entry yang pernah dia terbitkan.Cetusan dan luahan melalui blog sekurang-kurangnya dilihat dapat meringankan sedikit bebanan tersebut ...hanya pandangan aku.Diharap beliau dan suaminya tabah dan sabar serta terus berusaha agar beroleh cahayamata.Lagipun usia perkahwinannya baru dua tahun malah ada yang lebih sepuluh tahun masih belum dikurniakan zuriat.Begitulah asam garam kehidupan, ada yang teringin sangat mahukan zuriat tapi tak berjaya manakala yang dapat zuriat pula dibuang merata.

Sejak semakin popular (followernya sekarang sudah lebih 1000 berbanding ketika aku menjadi followernya sekitar 300 lebih rasanya) aku melihat entrynya lebih diseimbangkan untuk tatapan berbagai peringkat usia tidak lagi seperti dulu dan ada antaranya dicedok atau copy paste dari isu semasa.Mungkin itu adalah antara strategi beliau agar tidak tertumpu hanya pada satu golongan dan bagi mengelakkan follower lain menjadi bosan.

Akhir sekali sedikit teguran padanya agar mengurangkan sedikit entry di 'front/main page' kerana aku rasakan agak berat untuk loading.Setelah ditimbang blognya ianya agak berat iaitu 116kb manakala load time 0.6 second berbanding berat blog aku cuma 53kb dan loading 0.12 second. Berat idea adalah di bawah 100kb dan loading di bawah 1 second.Apapun terpulang pada dirinya sendiri kerana itu adalah hak dan pilihannya.

Cukuplah setakat itu review dari aku..panjang sangat pulak rasanya aku membebel..kalau nak tahu lebih lanjut lagi sila singgah ke blog beliau di SINI.. dan jangan lupa follow sekali.
Aku dedikasikan lagu ini untuk Amy...harap jangan salah faham hanya sekadar hiburan dan tidak mengandungi atau apa-apa makna.

            


ozzy - boleh cuba  jadi promoter...


8 ulasan:

  1. As'salam...

    Thanks en.ozzy..walaupun amy x pernah minta di balas..ianya sekadar tanda terima kasih amy kepada semua yang menyokong sinar raudah..terima kasih juga di atas teguran itu, amy sedang beruasaha untuk meringankan blog nie memandangkan sudah dua tiga blogger yang complain macam tue...bagi amy sedikit masa ye!!! thanks again keep in tounch...

    BalasPadam
  2. Salam Pozi , oit kira hebat dah nei tahniah juga drp saya semoga terus maju jaya dan ceria dlm berblog :)

    BalasPadam
  3. Amy - w'salam ..terima kasih juga kerana menyokong saya..

    Akuanakpahang - w'salam bang..belum taraf hebat lagi koi ni..nanti koi ambik tag tu..tq

    BalasPadam
  4. salam..
    perghhh...hebat..
    Mak We interview yak..?
    moga success sokmo
    dalam berblogging..

    BalasPadam
  5. w'salam zul...

    Biasalah tu zul...rakan2 sesama blogger..

    BalasPadam
  6. Bila ada macam tu kira baguslah... semoga ozzy menjadi blogger terkenal dan ramai yang akan interview nanti... tahniah.

    BalasPadam
  7. wah .. beruntung la awak. blog saya entah bila dan sapa la yg nak interview.

    BalasPadam

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...