6 Ogos 2010

ANGKARA TIKUS

Ramai yang terkejut apabila wabak kencing tikus tiba-tiba menyerang di beberapa tempat.Aku sendiri tertanya-tanya apakah sebab dan punca menularnya wabak ini.Lebih menghairankan lagi apabila virus ini di kesan di kawasan sungai.Jika sebelum ini virus dibawa oleh babi,burung dan ayam kali ini sang tikus pula tampil menunjukkan kejaguhannya.Sedikit info yang aku dapat mengenai virus ini.

HANTAVIRUS
Hantavirus merupakan virus yang disebarkan oleh tikus yang terdapat pada air liur dan air kencing tikus.Gejala pada penderita antara lain demam dan nyeri otot, sakit perut serta muntah.Gejala ini berlanjutan menjadi batuk dan sesak nafas dalam masa 4-5 hari setelah dijangkiti.Jika tidak segera ditangani penyakit ini boleh mengakibatkan fatal iaitu kegagalan ginjal dan paru-paru berfungsi. Setakat ini belum ditemui ubat atau vaksin yang benar-benar efektif untuk mengatasi masalah ini.

LEPTOSPIROSIS 
LEPTOSPIROSIS merupakan penyakit yang disebabkan oleh Bakteria LEPTOSPIRA.Bakteria ini kalau dilihat melalui mikroskop adalah berbentuk spiral dan boleh hidup didalam air tawar selama satu bulan atau lebih tetapi ia tidak boleh hidup di dalam air laut.Virus ini tersebar melalui  Air, Tanah atau tanaman yang telah dikotori oleh air kencing haiwan yang mengidapi leptospirosis. Ia akan memasuki ke badan manusia dengan pelbagai cara antaranya melalui mata,hidung, kulit yang melecet atau makanan yang dicemari oleh najis terutama air kencing haiwan yang telah dijangkiti Bakteria LEPTOSPIRA.

Antara simptom yang muncul setelah terkena jangkitan virus ini adalah Demam tinggi,menggigil, Sakit Kepala, Lesu / lemah,Muntah-muntah , radang mata, rasa nilu dibahagian betis dan punggung. Simptom-simptom ini cuma akan kelihatan antara 4 hari ke 9 hari selepas jangkitan.Komplikasi yang dihadapi adalah pada bahagian hati akan menjadi kekuningan pada hari ke 4 dan ke 6 , kegagalan Ginjal (buah pinggang) , jantung berdebar-debar , membengkak dan gagal berfungsi.Pada bahagian paru-paru pengidap akan merasa nyilu,batuk berdarah dan sesak nafas.Juga berlaku pendarahan dalaman kerana kerosakan pada pembuluh darah disaluran pernafasan,pencernaan,buah pinggang, alat sulit dan mata.

Itulah sedikit info yang aku dapat.Jika ingin lebih detail lagi anda boleh cari infonya di internet.Apa yang aku ingin perkatakan di sini adalah kenapa baru sekarang penyakit ini tiba-tiba muncul sedangkan kewujudan tikus telah berabad lamanya.Apakah sebelum ini penyakit ini dirahsiakan atau sememangnya tidak dapat dikesan puncanya ?.Kita semua sedia maklum bahawa spesis ini (tikus) sememangnya haiwan pengotor yang suka makan bangkai atau bahan buangan antaranya dari longkang dan tong sampah.Habitat semulajadi haiwan ini juga adalah ditempat kotor dan gelap sejak berkurun lamanya.

Persoalannya kenapa baru sekarang virus ini muncul? dan menariknya lagi ia menyerang di kawasan sungai dan tempat perkhelahan seolah-olah ada komplot dikalangan tikus untuk menyebarkannya hanya di sesetengah tempat.Di kawasan bandar tikus ini banyak ditemui di longkang atau di tempat pelupusan sampah yang tentunya amat kotor dengan berbagai sisa kumbahan termasuk bangkai dan najis.Apakah tikus di kawasan bandar lebih educated atau lebih moden untuk tidak menyebarkan virus ini?.Wabak ini juga mungkin akan dieksplotasi oleh syarikat pengeluar penapis air dengan mendakwa kononnya produk mereka dapat menapis air yang disalurkan ke rumah dari virus ini.Maka berpusu-pusulah orang kampung untuk membelinya. Seperti  kata pepatah yang biasa kita dengar "menangguk di air virus keruh".

Teringat sewaktu aku kecil dulu yang di membesar di kawasan felda kelapa sawit.Tikus boleh ditemui di mana-mana sahaja samada dicelah pokok atau di tepi sungai tempat kami selalu berkubang tetapi tidak pula aku dengar tentang wujudnya virus ini.Begitu juga ketika berlakunya banjir kami semua berkubang di dalam parit hinggalah meredah paya dan membuat aksi superman ketika terjun sungai tetapi tak pernah pula aku dengar tentang penyakit ini jika adapun hanyalah demam dan selsema akibat lama sangat berkubang.

Sewaktu aku mula-mula kahwin dan tinggal di KL aku menyewa sebuah rumah teres yang sempit. Kerana longkang di belakang rumah tersumbat dan airnya yang berlumut serta kotor maka tikus / cencorot begitu banyak berkeliaran dengan saiz sebesar anak kucing pun ada.Malam sewaktu kami tidur geng tikus pun mula berdendang di dapur.Perangkap tikus yang di pasang tak juga mengena hanya satu cara yang berkesan iaitu dengan meletakkan gam tikus di sekeliling tong sampah yang aku letakkan tulang ikan dan ayam serta kelapa yang dibakar.Pagi esoknya 2-3 ekor yang lekat disitu tetapi hanya yang bersaiz kecil sahaja yang lekat.Dapat dilihat kesan tapak kaki tikus yang terseret bersama gam yang melekat pada lantai rumah.Bermakna tikus yang sebesar anak kucing masih mampu melepaskan diri.Tidur malam juga terganggu dengan kehadiran tikus ini yang sering menggigit kuku di jari kaki tapi nasib baik jugalah hanya kuku yang dia gigit kalau lain yang dia gigit..nayeeee..

Oleh kerana pesanan orang tua-tua dulu yang melarang memaki hamun si tikus ni maka apabila geram dan marah apa yang boleh disebut hanyalah "mek ti" dan jangan sesekali menyebut tikus.Mek Ti adalah gantinama atau gelaran pada tikus-tikus ini apabila aku naik darah dan geram.Boleh juga kalau nak panggil Pok Ti , Bro Ti , Dik Ti atau Nyah Ti asal saja jangan sebut nama sebenarnya. Orang tua berpesan jika nama tikus disebut dia akan menjadi lebih ganas dan mengamuk.Apakah sekarang ini tradisi atau petua itu telah hilang atau dilupakan menyebabkan haiwan ini mengamuk hinggakan puak tikus ini mula membuktikan kehebatan mereka....hanya sekadar renungan dan coretan aku saja.


14 ulasan:

  1. Salam pozi macam2 org letak utk ganti nama tikus ini antaranya Mak ti, Cik Ti.. beloh pekan nun disebut mok menti... benar juga dipesan dek org tua binatang nei tak leh marah lagi teruk dia mengganas huhuhu... ada baiknya binatang ini jika ada kat umah pasang aje jerat tikus atau bagi racun tikus...kalau kena jerat , mati dan sebaginya kita buang aje jangan byk cakap. Bimbang yg lain mengganas pulok :)

    *Grabthis widget@widgetindex nie kacao lah pozi susah nak buat apa lepas kat link lain pulak.

    BalasPadam
  2. nice info..tanx ye..
    betul jgk nape skang br myerang kes kencing tikus??tapi bila pk2 balik kan smua tempat yang kena tu boleh dikatakan tempat org wat maksiat..maybe Allah nak turun penyakit buat peringatan manusia yang alpha..wallahualam~
    kat kmpg cik tom panggil "cik ti"...hehe..

    BalasPadam
  3. betol cakap cik tom tu, dah akhir zaman ni, macam macam virus keluar. dulu sars, h1n1, denggi, sekarang virus kencing tikus. Allah bagi peringatan maybe?

    BalasPadam
  4. kena berhati2 sblm guna alatan rumah,check dulu
    rumah sy pun tikus selalu kuar mlm2
    kotor betul tikus nie

    BalasPadam
  5. pagi tadi dengar ada kes kematian pasal ni kat kedah. risau jugak.

    BalasPadam
  6. Saya pun hairan jugak kenapa wabak kencing tikus ni atau dengan nama lain leptospirosis menyerang skrg ini? sbb masa kami buat kajian dulu, peratus tertinggi ada wabak ni hanyalah pada waktu banjir yang teruk disebabkan air kotor yang diminum oleh penduduk, tapi skrg ni tak ada banjir, tp dh boleh terkena wabak ni...sangat menghairankan.. pape pun, saya hangat berhati - hati dengan air minuman n cuci bekas2 yang nak diisi dengan air minuman or masakan..

    BalasPadam
  7. salam,
    nasib baik koi smpat lagi baca n3 aok pasal ayam ter...

    ermmm... bagi koi, mungkin inilah yg org istilah kan mutasi (mutant) tikus tu terhadap pcemaran alam dan akibat antibody kita yg semakin lemah akibat yg sama.

    p/s- di india ada petani miskin buat lauk je weh!

    BalasPadam
  8. Salam..Virus ini sangat merbahaya juga..risau juga kat rumah ada banyak tikus..nak tangkap jual tak laku..ishkk !

    BalasPadam
  9. ngeri nyer dengar tikus tu gigit kuku jari kaki. meremang bulu tnegkuk...

    BalasPadam
  10. salam ozzy..
    ko panggil 'mek ti'
    aku panggil 'cik ti'
    he he..sama la tu..
    tikus ko datang dari kelate
    he he..thanks bro..good info
    well doned!!

    BalasPadam
  11. ada kawan pon da kene kencing tikus tu, sebab mandi kat sungai. bahaya betul skrang nih.. pasal kene gigit ngn tikus tu, peh, kalo saya mesti tak maw tido da.. takot.. dulu kecik2, nenek pon tak marah tikus.. tapi marah mickey mouse.. hehe

    BalasPadam
  12. ish...bahaya sungguh nie...x leh arr nak gie mandi sesuka hati kat sungai dah lepas nie...lynn memang x gemar ada mak iti @ tikus kat rumah...sakit jiwa dibuatnya...

    BalasPadam
  13. Bahaya penyakit kencing tikus ni. Bahaya dari perbuatan kita sendiri membuang sampah sarap dah merata, ha..tikus pun bermaharajalela.

    Mak sweetie pun ajar jangan memaki hamun tikus nanti lagi dia banyak rosakkan barangan kat rumah. kena bagi nama lain padanya.

    BalasPadam
  14. baru tau xleh panggil nama sebenar 😅😅😅
    panggil mickey la lepas ni 😂😂

    BalasPadam

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...