19 Ogos 2010

ROKOK VS NOMBOR EKOR

VS 
Sedang rancak bersembang tiba-tiba rakanku bertanya " Apa hukumnya kalau kita hisap rokok? ". Aku terdiam sebentar sambil tersenyum dan kemudian aku menjawab " yang aku dengar orang kata hisap rokok tu makruh". Rakanku berkata lagi " Aku dengar ada orang kata haram ". Aku sekadar menjawab " entahla..aku bab-bab hukum ni tak berani pandai-pandai nak cakap..nanti tak pasal-pasal dapat dosa free ".

Kemudian rakanku berhujah kalau betul haram apa bezanya orang yang hisap rokok dengan orang yang beli nombor ekor? kalau dua-duanya pun haram.Apa kata kalau duit beli rokok tu kita buat beli nombor ekor...itu lebih baik cuma bezanya kalau kita hisap rokok tak kena tangkap tapi kalau beli nombor ekor kita kena tangkap dan kena denda.

Dia berhujah lagi cuba bayangkan sekotak rokok dunhill 20 batang berharga rm9.30 kalau seminggu kita dah belanja sebanyak 9.30x7=rm65.10.Kalau duit tu kita belanjakan buat beli nombor ekor kalau kena dapat juga duit.Lagipun nombor ekor tak payah beli hari-hari tapi rokok hari-hari nak kena beli. Kalau kita merokok duit habis badan kita pun dapat banyak penyakit.Keluarga kita pun silap-silap kena penyakit juga dari asap rokok ni...betul tak??.

Aku hanya tersenyum sambil dalam hati berkata betul juga tu tapi aku tak sanggup nak beli nombor ekor ni sebab terang-terang ianya adalah judi.Tak tau pulak aku hisap rokok ni pun haram...yang aku tau kalau dah merokok memang payah nak berhenti.Sebaiknya dua-dua jangan buat simpan je la duit dalam bank.

ozzy - dua-dua pun memudaratkan...

7 ulasan:

  1. perbincangan yang menarik. hukum merokok haram adalah menurut ijtihad ulama dan sesetengah negeri dah mewartakannya. samada ia haram atau makruh, rasionalnya ia sesuatu yang wajar dihindari. :)

    BalasPadam
  2. salam Ozzy..
    sendiri mau ingat
    setiap yang merosakkan
    akan jatuh haram..maka
    renung2kan lah..koi pun
    menasihati diri koi sendiri
    bila la nak berenti ni..he he

    BalasPadam
  3. nak cakap lebih2 bukan ahli ulama kan..
    tapi 2-2 x elok utk diri sendiri..
    2-2 menghabiskan duit..
    1 mencuba utk mendapatkan sesuatu..
    1 lagi bahayakan kesihatan...

    so elok tinggalkan 2-2 terus.. :p

    BalasPadam
  4. Mmg org kalau taik judi nie mmg teruk sikit..dulu kawan ada sorang member dia kata macam ini "biar kawan tak merokok sikit pada tak membeli nombor ekor..." rumusannya pesen org nei maca-macam.

    BalasPadam
  5. salam en.ozzy..

    cerita yang sangat menarik dan mempunyai isi yang padat..semoga kaum adam and sesetengah kaum hawa yang merokok tue dapat berhenti ye..

    selamat berbuka...

    BalasPadam
  6. Salam Ozzy,

    Bagi Sweetie, tinggalkanlah dua-dua perkara tu kerana kedua-duanya tiada faedah dan membazir duit saja. Dah tentunya judi tu haram.merokok tu patutlah ditinggalkan kerana banyak kesan negatifnya dan juga merbahayakan kesihatan bukan jer pada perokok tetapi mereka yang menghidu asap rokok tu..

    BalasPadam

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...